Monday, October 20, 2014

#GST SIRI 7: @AnwarIbrahim kata #GST akibatkan inflasi?



Nota: Dalam Ucapan Perbahasan Bajet 2015, Anwar Ibrahim menyebut kajian di Kanada yang menunjukkan negara tersebut mengalami inflasi. Apa yang tidak dibaca adalah dapatan kajian yang penuh yang memberi kesimpulan bertentangan mengenai GST dan Inflasi.

Kajian McLure (1987) menyimpulkan bahawa: “Peningkatan harga yang diaruhkan oleh VAT adalah fenomena satu kali; walaupun ia diukur sebagai luahan inflasi, ia tidak merupakan peningkatan terhadap kadar inflasi”

Kajian Bolton dan Dollery, 2004 di tiga buah negara New Zealand (mula melaksanakan GST 1986), Kanada (mula 1991) dan Australia (mula 2000) menunjukkan bahawa “di ketiga-tiga buah negara kesannya adalah sementara. New Zealand menerima impak yang paling besar (sebelum pelaksanaan dan pada tahun 1986), Australia menerima kesan inflasi harga pengguna yang paling rendah dan Kanada di antara kedua-dua negara. Magnitud impak kemudiannya kelihatan mengikut trend menurun sepanjang tempoh analisis.”

Berdasarkan Ucapan Bajet 2015, Perdana Menteri mengumumkan bahawa 944 jenis barangan dan perkhidmatan, harga 56% atau 532 barangan TURUN sehingga 4.1%, 37.5% atau 354 daripadanya naik tidak melebihi 5.8% dan 6.1% atau 58 TIDAK BERUBAH.



GST akibatkan INFLASI? Kajian pelaksanaan di New Zealand (laksana 1986), Kanada (laksana 1991) dan Australia (laksana 2000) menunjukkan GST bukan FAKTOR penyebab INFLASI berpanjangan di ketiga-tiga buah negara tersebut. Malah kadar INFLASI menurun di ketiga-tiga buah negara selepas pelaksanaan GST.


No comments:

Popular Posts