Tuesday, June 17, 2014

Pelaburan Asing - Prestasi PKR Selangor dan DAP Pulau Pinang di bawah KEDAH



Prestasi Selangor di PR nampaknya tak bermaya. Penasihat Ekonomi RM1 tak tahu nak nasihat pasal ekonomi kah? Apapun kita tahu Quality Hotel Shah Alam sampai kena tutup dan UNISEL kerugian RM37 juta.

UNISEL rugi RM37 juta sebelum PR beri #PendidikanPercuma? Hotel tutup, IPT rugi..
http://tunfaisal.blogspot.com/2014/04/unisel-rugi-rm37-juta-sebelum-pr-beri.html

Pelaburan - Kerajaan Negeri Selangor jumud dan penipu

Oleh NUR FAZREEN
16 JUN: Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar mengecam kerajaan negeri Selangor yang terus-terusan meminta peruntukkan daripada Kerajaan Persekutuan.

Jelasnya ia ternyata kerajaan negeri Selangor telah menipu rakyatnya apabila mengatakan pelaburan mereka meningkat setiap tahun sedangkan sejak 2008 ia terus mencatatkan penurunan.

“Ia terbukti berdasarkan fakta menunjukkan pada 2008 pelaburan di Selangor adalah RM11.8 bilion dan turun kepada RM6.7 bilion pada 2009, pada 2010 naik sedikit RM10.6 bilion kemudian turun balik pada 2011 iaitu pada RM8.71 bilion.

“Manakala pada 2012 ia meningkat sedikit iaitu RM11.7 bilion namun ia merudum pada RM9.8 bilion pada 2013,” katanya ketika membahaskan Usul Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan Pindaan 2014 di Parlimen, Isnin.

Tambah Noh ia membuktikan kedudukan ekonomi di Selangor merosot setiap tahun dan bukannya seperti yang diwar-warkan kononnya mencatatkan yang tertinggi berbanding negeri lain.

Malah pelaburan antarabangsa juga jika dibandingkan dengan Sarawak ternyata Selangor masih ketinggalan apabila hanya mencatatkan RM3.6 bilion berbanding RM6.8 bilion di Sarawak.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang mencelah kemudiannya ditegur Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana Khalid bukannya bertanya soalan sebaliknya berucap tentang hal politik.

“Janganlah bawa isu pelaburan politik disini, hujah-hujah yang dikemukakan haruslah mengikut apa yang sedang dibahaskan,” kata Pandikar Amin.

Khalid diilihat seolah-olah mahu menyalahkan Noh dalam pentadbiran menguruskan pelaburan kerajaan negeri dan mahu ia dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor.

Bagaimanapun Noh terus mempertahankan hujahnya berdasarkan fakta yang diperolehinya daripada Kerajaan Selangor.

Noh turut mengecam kerajaan Selangor yang jumud kerana cakap tidak serupa bikin.

kenyataan mb sngor
Kenyataan MB Selangor yang disiarkan media kerajaan Negeri

“Betapa jumudnya kerajaan Selangor kerana tidak malu minta peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

“10 Jun baru-baru ini dalam satu kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mahu kerajaan Persekutuan bekerjasama tingkatkan pelaburan kerana pengangguran terus meningkat sedangkan sebelum PRU 13 iaitu pada 18 Februari 2013 dia dengan bongkak berkata tidak memerlukan bantuan dari Kerajaan Persekutuan.

“Inilah yang dinamakan lidah bercabang, cakap macam sumpah-sumpah,” katanya.

Sehubungan itu Noh mahu kerajaan Persekutuan mengkaji dengan lebih mendalam sebelum beri bantuan kepada Kerajaan Negeri Selangor. – bnbbc.my

No comments:

Popular Posts